Monday, October 17, 2016

Pendedahan BUKTI Berani Mati Terkini Sarawak Report Terhadap PM Najib Yang Buat Ramai TAK CAYA !!!



2
3
4

“Kenyataan bank yang diterima oleh Sarawak Report menunjukkan sekurang-kurangnya 5 transaksi deposit tunai ke dalam dua akaun bank AmBank milik Najib di Kuala Lumpur berjumlah RM3.4 juta di antara 2 Febuari dan 3 Mac 2015. Jumlah keseluruhan mewakili 34 kali ganda gaji rasminya RM100,000 sebulan,” tulis Sarawak Report di halaman facebook.

Dokumen itu memaparkan nombor akaun 2112022011880 dan 2112022011906 dengan penama Dato’ Seri Mohd Najib.

Jika dakwaan ini benar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM perlu menjalankan tanggung jawab menyiasat dari manakah sumber wang tersebut diperolehi oleh Najib kerana ia jauh melebihi pendapatan seorang perdana menteri.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada SPRM sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup mewah.

“Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan, dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat,” katanya. — Kredit Sarawak Report via EdisiRakyat


Sunday, October 16, 2016

AMIK KAU!!! SELEPAS BERDIAM DIRI INI RESPON BALAS DATUK VIDA JAWAB ISU TAK BAYAR CUKAI.. JANGAN SENTAP!!! SIAPAPUN BACA PASTI SOKONG


Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menganggap pertuduhan gagal membayar cukai sebagai dugaan dalam hidupnya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, dugaan tersebut adalah tiket kejayaan buat dirinya sebagai pemilik empayar perniagaan yang dikenali.

BILA DAH SENANG, BANYAK YANG PAHIT DATUK SERI VIDA

Ujian hidup, bukan senang nak senang, bila dah senang banyak yang pahit, jawabnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada Astro Gempak.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Terdahulu menerusi laporan Astro Awani, Datuk Seri Vida didakwa ke atas 16 pertuduhan di bawah Seksyen 41 (7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 kerana gagal membayar cukai.
Datuk Seri Vida juga dikatakan gagal membayar cukai genap masa dalam tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Pengasas kosmetik itu bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Pihak pendakwaan, Farah Ezlin Yusof meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim Murtazadi Amran merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya

Sumber: AstroGempak
Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com

"Aku baru kahwin 2 tahun,masih belum dikurniakan rezeki anak,jadi aku ni nak bermanja dengan suami.Hari tu suami keluar malam,suami lupa malam tu birthday dia jadi aku pun nk buat kejutan,aku sanggup bergelap tunggu dia malam tu,bila dia balik menitis air mata sekali lihat dia dengan....

Saya sekadar ingin meluahkan rasa hati sebagai seorang isteri. sakit sangat rasa bila diri tak dihargai suami kan? Saya dah berkahwin 2 tahun lebih dan masih belum diberikan rezeki zuriat.



Perasaan sedih dan kecewa saya ini disebabkan sikap suami yang langsung tak pernah hargai saya sebagai isteri. Kadang-kadang sebagai seorang perempuan dan isteri kita pasti nak rasa bahagia terutamanya bila suami mengingati hari-hari penting seperti anniversary or birthday kita kan tapi saya tak pernah dapat smua tu sampaikan birthday saya pun suami tak ingat.
Bila anniversary kami, saya je beria-ria buat macam-macam perancangan tapi suami buat bodoh je. saya tak pernah merasa dapat hadiah dari suami. Kadang-kadang berharap sangat walaupun hadiah tu murah saya tak kisah.
Semalam birthday suami,saya cuba buat surprise untuk dia. Malam tu suami keluar lepak dengan kawan jadi saya duduk rumah seorang. saya tutup semua lampu dan saya sanggup duduk dalam gelap untuk buat surprise pada suami tapi bila suami balik saya terus on lagu birthday dan menjerit wish happy birthday,tau apa reaksi suami?? dia buat bodoh saja then saya ke dapur ambil kek yang saya buatkan khas untuk dia berserta dengan kad ucapan, tau apa reaksi dia?? dia cakap nanti je la dia mkan then dia simpan kek bersama kad ucapan tu dalam peti tanpa membaca apa yang saya tulis, tanpa ada sepatah pun ucapan terima kasih dia terus masuk bilik. ya Allah sedih,hancur kecewanya rasa diri ni tak dihargai suami langsung.

Maaf semua mungkin masalah saya ni bukan la masalah yang besar sangat tapi saya sekadar ingin meluahkan perasaan yang lama terpendam.-KRT

Aku Hairan Bin Ajaib Kenapa Adik Aku Tiba-tiba Perangai Semacam, Lepas Tu Pakai Purdah. Rupanya Lepas 3 Tahun Segalanya TERBONGKAR !!! Rupa-Rupanya..


Assalamualaikum, Sebenarnya aku dah balik Malaysia dekat 5 tahun, sebelum ni aku tinggal dekat Australia, ayah aku kerja kat sana. So aku satu family pun menetap kat sana, aku anak sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Aku ada seorang adik perempuan, umur dia sekarang baru masuk 15 tahun. Okay, waktu duduk kat Australia dulu, cara pemakaian adik aku ni tak adalah alim sangat, dia still pakai tudung tapi tak adalah labuh macam sekarang. Dulu dia tak pakai niqab, and sekarang dia pakai.

Nak tahu sebab apa? Sebab dia takut dengan lelaki dekat sini, I mean Malaysia. Mula-mula aku pun macam, “apa yang mengada sangat adik aku ni, lelaki kat sini bukannya makan orang”. Then, lepas 3 tahun aku stay Malaysia, barulah aku faham perasaan adik aku tu. Kau bayangkanlah, sebelum dia pakai niqab kat Malaysia, dia selalu kena kacau, kena mengorat dengan kaum-kaum lelaki. Setakat macam tu, aku tak terasa bahaya sangat, tapi ada satu kali tu sampai nak meraba, paksa minta nombor telefon. Aku mengaku, adik aku tu memang la ada rupa, tapi takkan la sampai nak kacau dia macam tu. Start pada tu, dia mula pakai niqab and dia labuhkan tudung, sejuk hati aku tengok. Aku bersyukur dia jadi macam tu, and aku lega sebab aku agak lepas ni takkanlah ada orang nak kacau dia lagi kan? And guess what? Still ada lelaki kacau dia. Apakah????

Memang aku panas, dah berpurdah, tutup sampai nampak dua biji mata saja, pun nak kacau lagi? Aku mula tu rasa macam maybe ada kaitan dengan attitude adik aku. Tapi tak mungkin, adik aku tu pemalu sangat dengan orang luar, apatah lagi LELAKI. Dia adik aku, so aku kenal sangat. Satu hari, memang tahap kesabaran aku tercabar gila, ada sekumpulan budak lelaki cuba nak pegang and mengusik adik aku, waktu dia dalam perjalanan nak balik ke rumah. Memang kalau dekat kawasan taman rumah kami tu, dia berjalan seorang-seorang, kalau dekat tempat lain, adalah orang teman. Bayangkanlah perasaan aku waktu tu. Aku seorang abang memang rasa macam nak pergi tembak puak lelaki tu sekor-sekor. Aku tak pernah buat pun macam tu dekat anak dara orang, tapi orang lain buat dekat adik aku. Haih.

Adik aku menangis, dia cakap nak balik Australia, dekat sana tak ada lelaki nak kacau dia macam tu. Bukannya nak kondem mana-mana pihak, tapi sebelum ni, walaupun adik aku tak pakai purdah and tudung labuh, tak ada lelaki nak kacau and usik dia kat sana. Sebab most lelaki kat sana respect perempuan muslim yang berhijab ni, dekat sini? Ya Allah, jangan katakan nak respect,
kebanyakannya dipandang sebagai objek seks semata-mata.

Ada confession kat sini yang aku baca seolah-olah menyalahkan perempuan tentang kes rogol, cabul and so on. Aku tak deny benda tu 100%, ada kes yang jadi sebab perempuan juga. But confession tu seolah-olah memang tunding jari terus kat perempuan. Kalau dah berhjab, berniqab tapi still dikacau, tu bukan sebab perempuan ye saudara ku yang bergelar lelaki. Tu sebab nafsu anda semua. Jangan salahkan perempuan kalau kau yang banyak layan cerita blue, video tak senonoh, memang tak boleh tengok perempuan la kalau macam tu.

Kawan aku mat saleh yang baru stay kat malaysia pun pernah tanya , “so in Islam, it’s okay to rape a woman, if that women didn’t cover their aurah properly?”, kau bayangkan dia bukan islam, then dia tanya macam tu. Dia buat conclusion macam tu lepas lepak and kenal dengan banyak member lelaki dekat Malaysia, most lelaki yang dia kenal memang salahkan perempuan sebab kes rogol. Mesti dia punya stigma dekat islam tu negatif kan? Aku pun explain lah dekat dia walau pun slow, aku tak adalah reti sangat bab agama ni, tapi kalau solat 5 waktu tu tak pernah lah miss, Alhamdulillah.

Maaf sebab confession yang panjanggg. Aku just terkilan dengan perangai kebanyakan lelaki MACAM YANG AKU SEBUT KAT ATAS TU. Disebabkan perangai macam tu lah adik aku macam fobia dekat lelaki. Memang terluah lah rasa bengang sebab adik aku selalu kena kacau. Ada member aku yang pernah cakap “alah, pakai macam tu memanglah kena rogol”, “sebab perempuan lain tak tutup aurat, yang baik-baik ni la kena kacau”, dengan ayat macam ni, kau sedar tak seperti kau membenarkan saudara perempuan, or ibu kau dirogol? So kalau ada ibu or sedara perempuan kau yang tak tutup aurah dengan sempurna or tak tutup aurat, just shut up and jangan marah kalau mereka dirogol.

Pesanan untuk kaum Adam kat luar sana, kita jadi pemimpin bukan sebab untuk menghina, menzalimi dan mengasari perempuan, kita kena nasihat, melindungi and hormat mereka. Confession ni cuma pendapat aku, maaflah kalau ada yang terasa. Maybe attitude lelaki kat sini nampak normal, bagi aku tak, maybe cara aku dibesarkan berbeza. Rogol and cabul tu tetap salah, walau apa pun sebabnya. Kredit:- IIUMC

sumber asal

Akibat Berang di tengking pengantin perempuan 15 minit selepas akad nikah lelaki ini lafaz cerai talak 3 .

sekadar gambar hiasan semata-mata

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.

Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.

Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

“Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!”

Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.

“Apsal tak cukup RM1,000?” tanyanya.

Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, “Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!”

Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata,
“Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu,” katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.

“Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak 3. Assalamualaikum,” katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu.

Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.


Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bus stop pun boleh petik. Kau buka WeChat, berapa ramai yang serah diri secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke? -Boii Amani Hashim

sumber asal

Apabila Datuk kahwini gadis cantik 18 tahun jadi buah mulut tanda soal netizen



Menurutnya, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali ketika bertandang ke rumah gadis itu sebelum mengambil keputusan untuk masuk meminang.

Bapa Milawati, Nasaruddin, 48, memberitahu, dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya sendiri yang bersetuju.

“Tiada paksaan dalam perkahwinan ini. Apabila kedua-duanya bersetuju saya hanya memberi restu,” jelasnya.



Sementara itu, Milawati berkata, dia tiada masalah berkahwin dengan Nasir walaupun jarak usia yang memisahkan mereka hampir 45 tahun.



“Banyak orang yang menghina kami, tetapi inilah jodoh dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” katanya. - Wira keyboard

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik. Bantuan Subsidi RM30,000

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik. Bantuan Subsidi RM30,000
Ramai yang mengeluh dengan gelombang kenaikan harga rumah hari ini. Akhirnya….
myhome
Akhirnya dalam pada usaha pihak kerajaan Malaysia mahu membendung ledakan kenaikan harga rumah dan ketidakmampuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah beli rumah pertama, kerajaan tawarkan bantuan beli rumah pertama yang berbentuk bantuan subsidi RM30,000 kepada anda, anda yang layak.

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome KPT : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama?

Bersama-sama ini dikongsikan dengan butiran yang membabitkan skim yang cukup baik utnuk anda teliti ini daripada Kementerian Perumahan Tempatan.
  1. Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau skim MyHome
  2. Program dan skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT
  3. Antara objektif atau matlamat utama skim ini ialah membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  4. Menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  5. Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  6. Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja. Ayuh segerakan hantar borang permohonan.
PerkaraButiran dan Pautannya
Permohonan onlineKLIK SINI untuk daftar
KemaskiniKLIK SINI untuk kemaskini
Syarat KelayakanWarganegara Malaysia
Terbuka kepada pembeli rumah pertama
Setiap isi rumah hanya layak menerima satu unit sahaja
Pendapatan bulanan isi rumah antara RM3 000 hingga RM4 000 bagi jenis Myhome 1
Pendapatan bulanan isi rumah bermula RM4 000 hingga RM6 000 sebulan untuk jenis rumah MyHome 2
Jenis Nilai BantuanKLIK SINI
PerkaraButiran dan Pautannya
Cara pembayaran Subsidia) Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
b) Jumlah maksimum subsidi adalah RM30 000
c) Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40 000; sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70 000; maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini; maka rumah RM70 000 akan dijual pada harga RM40 000; dan baki RM30 000 dibayar kerajaan.
HubungiJabatan Perumahan Negara; Aras 30-38; No 51 Persiaran Perdana; Presint 4; Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya
Telefon Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan MyHome di 03-8891 4313; 03-8891 4317 atau 03-8891 4322.
P/S : Berminat daftar Borang Permohonan Skim Myhome bagi tujuan beli rumah pertama anda?